Hari ni tamatlah training saya selama 8 minggu. fuh. rasa cam tak puas lak training ni... haha. masa awal2 start training tu menghitung hari biler nak habis. biler dah seminggu nak habis tu rasa cam cepatnya masa berlalu... nak habis dah training ni.
semingu dua training dulu rasa gelisah jer tak menentu... sebab saya tak kenal semua orang yang pegi trainng tu. ader dalam 20 orang (masa awal2 belas2 jer. campur 3 dari thailand dan sorang dari india, total hari terakhir ader 20 orang). rasa tak berapa nak selesa...
saya seriously rasa kecik jer diri ni sebab saya masuk second batch (dalam 3 orang jer second batch). yang first batch tu tengok diorang rasa macam "wah... diorang ni nampak cam dah experience giler. apsal masing2 cam nampak ego gler..." sampai camtu sekali... haha. sebab diorang masuk awal sebulan, sempat pegi training kat kemaman terus. kitorang tak sempat nak pegi sebab dah nak start mudschool. tapi biler dah beberapa minggu dengan diorang, baru la rasa diri ni sama besar.
week 1 sampai 5 banyak pasal theory, calculation ngan lab work tak lupe juga homework. heavy gak... agak menakutkan apabila semakin dekat dengan hari jumaat sebab ader weekly test. huhu. seb baik tak der pop quiz... kalau tak hari2 rasa tak tenteram.
week 6 aritu pegi kemaman buat practical seminggu. best2. bukan sebab dapat duduk hotel (impiana kot), tapi training kat sana banyak membantu fahami flow of work kitorang. jangan salahkan orang lain senang2, tapi cube fahami situasi diorang.
week 7 lak blajar software. time ni memang saya hebat ler. seriously, gamers kalau software tak leh nak master cepat memang teruk benor la. hehe. satu software untuk simulate well dan drilling. satu lagi software untuk buat everyday report.
week 8 dalah paling mencabar. hari isnin ader GLAD training... fun gak training ni. hari ni saya bagi tau hobby saya adalah main game dan kumpul gadget (especially game). semua cam baru terjawab persoalan yang terkubu di hati... mesti pasal kebesaran badan diri ini. (haha. mungkin la salah satu faktor yang menyumbang). hari selase lak presentation. hari rabu lab test. hari khamis lak final exam... susah skit sebab soalan die lebih kepada what engineer should do rather than theoritically... hari jumaat kemas2 lab (sampai berkilat2 diorang ni bersih... saya pegi top up chemical jer) dan calibrate/maintanance equipment.
petang jumaat tu lak kitorang punyer graduation. semua pass dengan total mark >80%. hebat2 sume orang ni. hehe, happy gler makan2. instructor kitorang minta maaf sebab tak der sorang pun boss leh datang... ye la, sume balik raya. tapi saya lebih suke tak der boss datang. sebab tak yah nak cover2 sangat. biler sume yang makan hari tu orang yang kenal, selalu gelak tawa terbahak2 bersama2, satu kepala, majlis tu jadi sangat2 menyeronokkan. lagi pun, dengan instructor lagi enjoy makan, dari makan dengan boss... rasa tak tertelan makanan lak kalau ader boss...
sempat gak request lagu dari india dan thiland. nak request lagu dari sarawak penyanyi die ilang lak... nyorok kat meja kitorang. haha. lepas semua dah buncit2, sesi bergambar lak. seronok2. habis bergambar, salam2 dengan diroang yang tak leh jumpe dah lepas ni (dari india, thailan, sarawak... will miss u guys). habis salam2 sume balik. selesailah majlis convo dan training kitorang.
alhamdulillah, settle dah training 8 minggu. dengan sijil ni saya dah layak jadi seorang mud engineer. cume tak der pengalaman lagi. saya akan cube jadi yang terbaik!!
